UMNO demo di Komtar… Ada ambil permit ka?

Selepas selesai sembahyang jumaat hari ini, para penyokong UMNO telah berkumpul di hadapan KOMTAR. Ini adalah sebagai tanda menunjukkan mereka tidak berpuas hati dan membantah kenyataan Ketua Menteri baru. Slogan-slogan seperti “jangan pinggirkan Melayu” dan “jangan hapuskan DEB” dilaungkan.

Menurut seorang rakan saya yang berkerja dengan media tempatan yang berada di tempat kejadian, lapan buah truck FRU ditempatkan untuk mengawal keadaan dan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Persoalannya bukanlah tentang kenapa UMNO nak buat demonstrasi…. Mereka telah berkumpul di hadapan Komtar dengan bilangan yang mencecah ratusan orang, adakah UMNO mendapatkan permit polis? Bukankah menjadi satu kemestian di Malaysia untuk mendapatkan permit polis jika ingin berkumpul di tempat awam?

Teringat kata-kata pemimpin UMNO yang menyatakan bahawa perbuatan demonstrasi ini adalah perbuatan orang yang tidak berakal(jahil), “hanya beruk-beruk sahaja akan buat demonstrasi jalanan”, demonstrasi mencemarkan imej negara, menjejaskan pelancongn dan banyak lagi… 

Mana pemimpin-pemimpin yang keluarkan kata ini nak letak muka sekarang? Kan dah macam kata orang tua-tua dahulu “umpama meludah ke langit kena muka sendiri”.

Apa yang saya tak faham adalah, ketua menteri baru ni belum lagi memulakan tindakannya, tapi orang-orang kita ini dah buat demo… Sepatutnya penyokong UMNO P.Pinang ini kena buat demo depan rumah Azhar Ibrahim (Penaga). Kenapa? Sebab yang dia yang beria-ia minta kerajaan persekutuan supaya hentikan semua peruntukan bagi projek-projek mega di Penang.

Petikan berita dari akhbar theSun, 14 Mac 2008:

(Penang: State UMNO leaders wants the federal government to withdraw federal funding for all mega projects planned for the state and also to stop the Rapid Penang bus service.

Penaga assemblyman Datuk Azhar Ibrahim, who is now opposition leader, said he will apply to the federal government to stop all mega projects such as the Penang second bridge, Monorail Transit System, Penang Outer Ring Road and to leave out the Northern Corridor Economic Region Scheme.

He told a press conference the Barisan Nasional government had promised all these to the people but yet they rejected the BN government by voting for DAP and PKR. “Let them see what DAP and PKR can do for them,” he said.) 

Apa yang Lim Guan Eng kata:

“NO Penangites will be marginalised and this state government will be fair to all communities and we will wor for all.”

“We will run the government administration free from NEP that breeds cronyism, corruption and systematic efficiency. As a measure for that i would like to promote transparency like an open tender system.”

Lim Guan Eng takde pun kata nak hapuskan NEP dan nak pinggirkan orang Melayu. Padahal orang UMNO yang minta kerajaan persekutuan untuk tarik balik semua peruntukan…

Daripada pernyataan Azhar ini, saya rasa dia ini bukan nak perjuangkan nasib penduduk di Pulau Pinang, tetapi seolah-olah nak membalas dendam. Ini gaya seorang pemimpin? Sah orang Penang buat pilihan yang betul dengan menolak kepimpinan mereka.

Saya juga rasakan yang kemarahan Azhar juga mungkin disebabkan dia ni dah  hilang cari makan. Ialah dah takde kuasa macam mana nak makan?

Penduduk Penang, tepuk dada tanya selera, berapa orang yang dibantu oleh kerajaan sebelum ini? Apa yang mereka bantu? Tak pasal-pasal nak bagi amaran pula. Memperjuangkan bangsa konon, padahal dia sendiri mengali lubang nak tanamkan bangsanya hidup-hidup.

Kalau nak bantu rakyat patutnya cadangkanlah idea-idea yang bernas. Bukannya cadangkan cara nak susahkan hidup rakyat!

Jadi sepatutnya, demo hari ini patut diadakan di hadapan rumah Azhar Ibrahim.

2 Comments

Filed under News

2 responses to “UMNO demo di Komtar… Ada ambil permit ka?

  1. puru84

    what the hell is this
    If we do a demonstration, we are called PENYANGAK, ANJING and BERUK by all the people from Barisan Nasional and UMNO
    Today at 2pm, UMNO did a demonstration in front of KOMTAR to against the abolishment of NEP(Dasar Ekonomi Baru) with the protection by the police
    I guess as usual our beloved Pak Lah is as usual sleeping at his office
    When HINDRAF did a rally on the 25th November 2007, Hindraf 5 are linked d to terrorism and are put to ISA without trial
    When UMNO does it, there is not even a arrest by the police
    What the hell is this guy
    I cant take it
    When we demonstrate, we are called beruk by the ****** Nazri and *lol* Khairy.
    Khairy told that he can jzt get rid of us by jzt snapping his finger to Pemuda UMNO
    This incident have show how government are treating us
    Dear Makkal Sakthi, u guys have made the right choice by supporting the opposition party
    They will help us
    Don’t play with People’s Power

    VaLGe MaKkAl SaKtHi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s