Nazri: AUKU tidak relevan lagi

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), sudah tidak relevan lagi diamalkan dalam kalangan pelajar ipt tempatan… begitulah kata Menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dalam klip video yang dipaparkan oleh Malaysiakini.com

Menurutnya, AUKU sudah ketinggalan zaman dan dia menyokong jika akta tersebut dimansuhkan.

Seperti yang kita ketahui, AUKU adalah halangan utama kepada para pelajar IPT dalam melibatkan diri dalam kancah politik negara. Pada pendapat saya sendiri, ia memang tidak relevan kerana golongan pelajar IPT ini hampir kebanyakan daripada mereka adalah terdiri daripada golongan yang berumur 21 tahun dan keatas serta mempunyai hak untuk mengundi sahaja… Tetapi pada masa yang sama, pelajar tidak boleh menyertai mana- mana kempen pilihanraya, tidak boleh terlibat dalam apa-apa kegiatan politik dan sebagainya. (macam manalah pelajar tu nak tau sama ada orang yang dia nak undi tu boleh pakai ke tak boleh pakai… sebab tu lah Parlimen jadi macam pasar ikan).

Disamping itu, apakah relevannya menawarkan kursus seperti Sains Politik di Universiti tempatan, yang mengajar tentang politik, tetapi pada masa yang sama tidak boleh terlibat dalam politik… seolah-olah “hanya teori sahaja, tiada praktikal”.

Cukuplah bilangan pelajar yang telah menjadi mangsa disebabkan AUKU ini, sampai ada yang dibuang Universiti.

Apa yang nyata disini adalah, Jika akta ini dimansuhkan, Politik Malaysia akan melahirkan ramai lagi golongan pemimpin yang benar-benar berkaliber dan bukannya pemimpin yang memimpin diri sendiri!

Semoga AUKU dimansuhkan…

 

Leave a comment

Filed under Opinion

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s