Apa itu Ketuanan Melayu?: Khir Toyo

pakguard84

Berikut adalah nukilan Khir Toyo dalam blognya yang menerangkan apakah maksud Ketuanan Melayu yang sebenarnya… Saya tertarik dengan beberapa pernyataannya…

Jika isu ketuanan Melayu yang menjadi masalah kepada orang muda dari kaum Cina dan India, maka kita perlu menerangkan asas mengapa ketuanan Melayu itu menjadi salah satu perjuangan UMNO. Malahan sebahagian orang muda Melayu sendiri hari ini sudah tidak faham makna ketuanan Melayu.

Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini Tuan dan bukan Melayu sebagai Hamba. Sebaliknya Ketuanan Melayu bermaksud atau simbol kedudukan Sultan-Sultan Melayu sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bahasa Melayu.

Sebab itu apabila para pemimpin kita dahulu memutuskan perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu ia merupakan perjuangan mempertahankan kedudukan kesultanan Melayu, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan Bahasa Melayu.

Tidak ada salah dengan kenyataan atau laungan mempertahankan Ketuanan Melayu sekiranya kita memberi kefahaman yang tepat kepada orang ramai. Mempertahankan ketuanan Melayu merupakan mempertahankan asas-asas Perlembagaan Negara. Apakah perlembagaan negara merupakan sebuah perlembagaan yang berunsur perkauman?

Saya melihat begitu ramai orang bukan Melayu yang menikmati kemajuan pesat negara, malah dalam banyak keadaan kaum bukan Melayu meraih kek ekonomi yang lebih besar berbanding orang Melayu. Orang Melayu sendiri tidak pernah menganggap dirinya tuan atau mahu dipanggil tuan. Malah orang Melayu juga berusaha keras untuk berjaya di negara ini

Ketuanan Melayu tidak pernah menindas bangsa lain atau menjadikan bangsa lain sebagai hamba. Selama berpuluh tahun UMNO membawa perjuangan Ketuanan Melayu tidak ada satu bangsa pun yang ditindas atau menjadi hamba.

Jika Ketuanan Melayu hanyalah seperti apa yang dikatakan oleh Khir ini, Rakyat Malaysia tidak akan risau. Tetapi kita semua tahu dan sedar bahawa apa yang diungkapkan diatas hanyalah idea yang digunakan untuk mengaburkan mata dan minda kita.

Benarkah tidak ada satu bangsa pun ditindas dalam usaha UMNO untuk memperjuangkan Ketuanan Melayu? Tepuk dada tanya selera!

Ketuanan Melayu adalah untuk mempertahankan asas-asas perlembagaan Malaysia? Maka, tidak salah jika wujud terma-terma seperti Ketuanan India, Ketuanan Cina, Ketuanan Iban, Ketuanan Dayak, Ketuanan Bajau, Ketuanan Asli dan banyak lagi. Hal ini kerana bangsa/kaum lain yang bukan Melayu juga mempertahankan asas-asas perlembagaan.

Dalam proses memajukan dan membangunkan Malaysia, bukan satu kaum sahaja yang berusaha keras! Kalau tak pasti tolong pelajari Sejarah Malaysia….

Malaysia tidak akan berubah selagi rakyatnya yang majoriti tidak mengubah mentalitinya… Kini tahun 2008, tapi mentaliti tahun 1970…

2 Comments

Filed under Opinion

2 responses to “Apa itu Ketuanan Melayu?: Khir Toyo

  1. vetrivel

    Khir toyol. Go F**k yourself.
    This is your punishment for destroying temple.
    Mariayamma punish you to be opposition leader.
    Go fly kites with samy vellu!~

  2. mengapa ketuanan melayu perlu diwujudkan dikalangan rakyat untuk mempertahankan rakyat konon tetapi tidak memikirkan negara kita sehatusya diselamatkan dari ancaman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s